top of page
![](https://static.wixstatic.com/media/d532b29bc0c448b29f47672da7b07613.jpg/v1/fill/w_1920,h_1280,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d532b29bc0c448b29f47672da7b07613.jpg)
![]() IMG_3708 | ![]() IMG_3700 | ![]() IMG_3701 |
---|---|---|
![]() IMG_3703 | ![]() IMG_4473_edited | ![]() File_006 |
![]() IMG_4520 | ![]() IMG_3665 | ![]() IMG_3731 |
![]() IMG_3755 |
Pautan Dalaman
Pautan Luaran
SEJARAH PSS
PSS SKLK berada di lokasi sekarang mulai tahun 2010. Sebelum itu, PSS ditempatkan sementara di ruang parkir berbumbung sedia ada. Ini berikutan SKLK mendapat kelulusan dalam pembinaan 2 bangunan blok baru. Bangunan lama yang menempatkan PSS telah dirobohkan bagi memberi laluan pembinaan bangunan yang baharu.
Apabila bangunan siap dibina, PSS telah ditempatkan di bangunan A Aras 2. Bersesuaian dengan bangunan baru, banyak kemudahan-kemudahan disediakan.
KEMUDAHAN YANG ADA
Terdapat pelbagai kemudahan di PSS SKLK ini. Antaranya yang utama adalah;
1. Ruang Bacaan - Menempatkan 5 buah meja dan 30 buah kerusi untuk murid-murid membaca buku. Ruang ini juga adakalanya digunakan bagi sesi PdP oleh guru.
2. Ruang Santai - Menempatkan ruang bagi perbincangan kecil dan aktiviti santai. Ruang dilengkapi dengan sofa menunggu hasil sumbangan BANK ISLAM CAWANGAN KEPALA BATAS pada tahun 2016. Surat Khabar dan Majalah diletakkan di ruang ini. Satu unit televisyen juga boleh digunakan di ruangan ini.
7. Rak Bahan Bacaan - Terdapat pelbagai jenis rak untuk menempatkan bahan bacaan. bahan bacaan terdiri daripada buku-buku dalam pengkelasan 000 hingga 900. ini termasuk rak bagi buku Big Book, Bahan Katalog dan lain-lain.
8. Bilik Bahan Rujukan - Mengumpulkan semua buku-buku rujukan untuk kegunaan murid dan guru-guru.
9. Pinjaman Secara Automasi - Bermula 2016, semua pinjaman di PSS adalah menggunakan sistem automasi menggantikan sistem manual. Program automasi diperolehi melalui sumbangan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dato' Seri Reezal Merican semasa beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SKLK pada tahun 2015.
3. Bilik Multimedia - Merupakan ruang pembelajaran menggunakan komputer dimana dibilik ini menempatkan 20 unit Netbook serta 1 unit Smart Board untuk kegunaan guru dan murid.
4. Bilik Tayang & Astro - Sering digunakan sebagai bilik seminar dan teknik menjawab. Kemudahan LCD beserta desktop komputer membolehkan guru menjalankan PdP dengan berkesan.
5. Ruang Pameran Bertema - Pameran bertema dijalankan diruangan ini. bertepatan dengan perancangan pameran yang mana memerlukan 4 kali pameran bertema yang akan dijalankan. terdapat magnetic board yang digunakan bagi memaparkan informasi berkaitan tema yang terpilih serta 1 unit meja untuk menempatkan bahan / barang pameran.
6. Ruang Pameran Kekal - Pameran Kekal menempatkan 2 unit meja bagi menempatkan bahan pameran. Antara bahan pameran adalah hasil kerja murid, pameran Buku Tokoh-Tokoh Negara dan lain-lain.
PENAMBAHBAIKAN
Beberapa siri penambahbaikan telah dirancang oleh Pentadbiran PSS dalam menambahbaik kemudahan PSS sedia ada. Antara yang dirancang adalah ;
1. Membina rak kasut bagi kegunaan murid dan guru di luar PSS. ini berikutan ketiadaan rak kasut menyebabkan susunan kasut semasa kunjungan murid ke PSS amat mendukacitakan. ini berlaku terutamanya apabila waktu puncak penggunaan PSS dimana kesemua ruang di PSS digunakan.
2. Membina ruang menempatkan BIG BOOK kerana rak sedia ada dirasakan kurang sesuai. Rak sedia ada membuatkan BIG BOOK akan berada dalam keadaan tidak sempurna ( buku membengkok ) disebabkan ruang untuk menempatkan buku tersebut adalah bersaiz kurang sesuai dengan saiz buku.
3. Ruang menempatkan bahan buku baru sebagai pameran sebelum buku tersebut ditempatkan di rak bacaan.
![](https://static.wixstatic.com/media/b2ea6a_f39b0b4a09c6489b8311d0cf264c9a2f~mv1.png/v1/fill/w_63,h_77,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/b2ea6a_f39b0b4a09c6489b8311d0cf264c9a2f~mv1.png)
PENGGUNAAN PSS
SEMASA KETIADAAN GPM
(GPM BERKURSUS)
Mohon guru-guru yang menggunakan PSS agar menutup semua suis peralatan elektrik sebelum keluar.
Terima kasih.
Guru Perpustakaan & Media SKLK
Pengumuman pada : 22 Mei 2016
Berasaskan Data sehingga :
22 Mei 2016
![](https://static.wixstatic.com/media/b2ea6a_3c13999ead9d4b388008a55ce7d62868~mv1.png/v1/fill/w_211,h_178,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/b2ea6a_3c13999ead9d4b388008a55ce7d62868~mv1.png)
bottom of page